Sabtu, 25 Disember 2010

Rakta Charitra



Bunyi seperti klise tetapi setiap kali saya kepanggung untuk menonton filem tamil,budak jual tiket akan bertanya dua kali samada benar saya mahu menonton.Satu Malaysia adalah konsep yang mengambil masa untuk meresap dalam diri rakyat jika budak kaunter tiket itu dijadikan sandaran.

Hari pertama saya kepanggung,saya tidak dapat menonton; kami akan main jika ada empat orang penonton ,kata budak jual tiket. Mulanya ingin membeli empat tiket dan menonton,terasa membazir dan esoknya pula hari Rabu,tiket murah jadi saya mengambil nombor talifon budak itu untuk mengetahui samada cukup penonton atau tidak keesokkan harinya.

Esoknya,saya menalifon sebelum ke panggung dan tidak dijawab walau dipanggil beberapa kali. Saya membuat keputusan untuk pergi juga kepanggung.

Cukup penonton,ada lebih kurang 10 orang dan saya pun menonton.

Saya tidak berapa kenal pelakon filem hindustan dan tamil kecuali yang cukup terkenal. Shah Rukh dan Kamal Hassan misalnya dan sudah tentu Rajni. Surya biasa dengar namanya. Tetapi Ram Gopal Varma saya tahu seperti saya tahu Mani Ratnam. Dua pengarah filem tamil yang pada saya jika dilahirkan di Malaysia sekalipun akan menjadi hebat.

Filem Rakta Charitra adalah sebuah filem mesti tonton. Itu sahaja yang mahu saya katakan mengenai filem ini.

Mengapa? Kerana saya menonton wayang untuk berhibur dan saya terhibur dengan filem ini.

Dari segi cerita,ianya adalah seperti kebanyakan filem membalas dendam.Tetapi yang membezakannya adalah lakonan dan cara memyampaikan. Seperti melihat kejadian sebenar yang dirakam,itu adalah pendapat saya.walau pun terdapat unsur 'keling' dalam filem ini,ianya tidak langsung mecacatkan. Hanya satu babak ala filem 300,iaitu ketika pergaduhan di penjara yang agak terlampau,selebihnya pada saya adalah satu penyampaian filem yang hebat.

Ada semacam kepuasan apabila melihat lelaki-lelaki berkain sarung membunuh menggunakan sabit, lelaki-lelaki yang berkain sarung dan berpistol automatik pula adalah sangat stylo. Saya cukup suka paparan ini.Tidak nampak kepura-puraan seperti bajingan dalam filem-filem melayu masa kini. Tidak perlu cacah atau mewarnakan rambut untuk mengambarkan betapa jahatnya kamu (dalam filem).

Perkara begini-lah yang tidak berlaku dalam filem melayu. Dari drama tv (dengan orang kaya melayu digambarkan separuh tuhan,bercakap bahasa melayu dengan gaya british,rujuk jalalludin hassan,aziz singah dan beberapa lain pelakon) atau filem dimana penjahat filem melayu diacu dari penjahat hong kong atau hollywood.

Mungkin filem MERAH dapat sedikit mengambarkan kejahatan itu namun tidak berapa berkesan. Cuba tonton 9NAGA dan kamu akan tahu betapa manusianya penjahat-penjahat itu.

Sebenarnya,saya tidak cukup tangan untuk memuji filem ini.

Pergi tonton filem ini kerana kamu tidak akan dapat menonton filem seperti ini jika kamu tunggu filem melayu untuk sampai ketahap ini walau 30tahun lagi.

Selasa, 21 Disember 2010

PERAWAN PENDEKAR



Filem LOCHENG MAUT pada saya adalah sebuah filem klasik. Jika anda mahu melihatnya dari sisi serius,anda akan dapati ianya adalah sebuah filem yang amat berjaya.

Hussein Abu Hassan akan selamanya dikenang sebagai pelakon yang diisbatkan kepada filem-filem kependekaraan. Bukan tidak ada filem yang tidak pendekar lakonan beliau namun melihat beliau berkot dan bertali leher sudah tentu menjadi satu komedi kepada kita yang gemarkan ilmu pendekarnya. Faizal Hussien cuba menjadi pendekar namun tidak berjaya.Mungkin kerana market waktu itu dan waktu ini juga tidak cenderung kepada filem-filem begitu. Penerbit filem kita selamanya hanya akan membuat filem untuk untung.Dan kemungkinan dapat bergesel bontot dan dada dengan pelakon perempuan yang dungu dan mendungukan itu.

Dalam waktu yang sama ketika filem LOCHENg MAUT ditayangkan,ada sebuah filem kecil yang melintas cepat dan mungkin tidak diingat oleh banyak orang.Filem itu berjudul PERAWAN PENDEKAR.

Saya teringatkan filem ini apabila terlihat poster filem dengan judul paling bodoh dalam sejarah perfileman dunia iaitu AKU MASIH DARA.

Filem PERAWAN PENDEKAR mengisahkan bagai mana seorang gadis yang hampir diperkosa oleh sekumpulan lelaki membalas dendam.Mungkin ada sedikit persamaan dengan filem ENAM JAHANAM,filem komedi gelap paling berjaya Tanah Melayu,namun PERAWAN PENDEKAR berjaya berdiri sendiri.

Perawan yang hampir dizalimi yang ditinggalkan hampir mati oleh kumpulan jahat diselamatkan oleh seorang guru silat yang tersangat handal. Setelah lama duduk berguru,perawan itu akhirnya menguasai ilmu kependekaraan yang amat hebat. Namun sebagai bayaran kepada ilmu yang dicurahkan,beliau terpaksa melepaskan keperawanannya kepada guru tersebut.

Disinilah bermulanya dendam beliau kepada kumpulan yang cuba menzaliminya dahulu. Pada perawan, kumpulan jahat itulah yang bertanggungjawab menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan mahkota sucinya itu kepada guru yang mengajar ilmu silat kepada beliau.

Itulah, guru silat dan bomoh biasanya ada motif seronok dalam memberi.

Perawan pun mula mencari satu persatu anggota kumpulan jahat dan membunuh mereka dalam stail yang tipikal bagi filem pada zaman itu.

Diakhir cerita,perawan kembali kepada gurunya untuk membalas perbuatan jahat guru itu. Beliau tewas dan diperkosa sekali lagi sebelum mati dibunuh gurunya itu.

Saya tidak akan menonton filem AKU MASIH DARA dan saya hairan mengapa judul filem ini diluluskan kerana ianya adalah lebih jahat berbanding judul ANU DALAM BOTOL dan ISTERI,PEREMPUAN DAN JALANG. ANU dan ISTERI sekurang-kurangnya boleh mendabik dada mempunyai kreativiti menjudul.

Dari judul filem itu kita tahu mentaliti semua mereka yang terlibat dalam pembikinannya. Dangkal dan main-main. Dan budak perempuan yang berlakon dalam filem berkenaan semestinya adalah mereka-mereka yang rela dipergunakan dalam apa bentuk demi mencapai cita-cita menjadi bintang filem. Mereka lupa yang filem melayu hanya ada satu pelakon perempuan yang baik iaitu NORMADIAH.

Walau bagaimana pun, saya secara peribadinya akan mengkhaskan satu tempat paling istimewa kepada SENIWATI ROSEYATIMAH kerana pada saya beliau adalah seorang wanita melayu yang sempurna.

Jumaat, 17 Disember 2010

Oh.Rahim Razali.Oh.Nasir Bilal Khan

Rahami Razali dan Nasir Bilal Khan,dua nama yang tidak perlu membuktikan kepada siapa-pun tentang mutu lakonan mereka.

Rahim Razali mewakili genarasi pelakon yang bagus selepas zaman P.Ramlee. Dan kemudian membuktikan pula kecemerlangan dalam pengarahan drama,teater dan filem.

Nasir Bilal Khan pula adalah legenda ditahun-tahun 90an.

Filem ABANG dan PEMBURU adalah tanda aras kepada bijak-arahnya Rahim Razali dan diakhiri dengan filem TSU FEH/SOFIA.

ABANG adalah sebuah drama tv yang biasa namun dengan barisan pelokan yang amat cemerlang,ianya menjadi sebuah filem yang amat baik. PEMBURU pula sepatutnya menjadi langkah pertama filem melayu lari dari klise semua filem melayu sebelumnya. Malang sedikit,filem melayu tidak bergerak selepas PEMBURU kecuali singgah sebentar dalam filem JOGHO. U-Wei Haji Shaari sendiri berhenti lama,mengecap glory filem berkenaan. Saya tidak nampak kelibat JOHGO dalam filem-filem U-wei selepas filem berkenaan dan angkat tangan jika kamu setuju yang BUAI LAJU-LAJU akan menjadi sebuah filem yang lebih baik jika watak Eman Manan dipegang oleh Khalid Salleh.

Kita tunggu HANYUT.

Eman Manan adalah pelakon satu arah. Dengan cerita yang sesuai,watak begitu boleh berjaya. Ambil Pak Jabit dalam filem-filem Mamat Khalid sebagai contoh.

Kemudian bencana pun berlaku. Awan hitam datang bergulung-gulung. Halilintar membelah bumi dan Rahim Razali pun jadi bomoh.Di televisyen.

Kewangan adalah punca utama beliau merendahkan diri sebegitu rupa,itu fitnah saya kepada beliau kerana seperti yang saya katakan awal tadi, beliau tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa tentang mutu lakonannya.

Sepatutnya,Rahim Razali mengambil Ahmad Yatim sebagai contoh.Berhenti dan dikenang sebagai pelakon yang bagus.

Bercakap mengenai Ahmad Yatim,saya mempunyai skrip untuk beliau dan Khalid Salleh sebagai pelakon utama. Bayar saya 23,000 ringgit dan saya berikan kepada kamu. hahahah.

Kerana sebab yang itu juga, pelakon kita tidak dapat diberikan katagori. Mana kelas satu,mana kelas dua dan sebagainya. Akibatnya,bayaran untuk pelakon kita hanya berdasarkan kasihan. Kerana beliau tua, maka kita bayar lebih sedikit.yang muda,walau handal,dibayar ala-kadar dan akibatnya pelakon kita menjadi seperti pemandu bas ekspress. Berlumba mengejar trip untuk mendapat upah yang lebih.

Jadi-lah apa yang jadi hari ini. Lihat berapa banyak kemalangan yang mengakibatkan penumpang hasil dari kegelojohan pemandu. Kita pun jadi bosan untuk menonton.

Pelakon yang gelojoh itu pula hilang daya tumpu dalam menjayakan satu-satu watak maka lahirlah pelakon yang membawa diri semdiri dalam semua filem. Saiful Apek misalnya tidak perlu belakon apa-apa filem kerana dari zaman televisyen hingga filem pertamanya,dia adalah sama. Muak dan membosankan.

Saya hanya memperkatakan tentang pelakon lelaki kerana selain Normah Damahuri yang sekejap bagus sekejap mereng,kebanyakan pelakon perempuan kita hanya hadir untuk kelihatan cantik dan memikat. Mereka biasanya adalah bodoh.

Aziz Satar juga dalam bahaya menjadi bomoh di televisyen jika kata-kata Rais Yatim yang masyarakat kita gemarkan filem-filem kembang tekak ini diambil kira. Bila permintaan banyak, maka penerbit akan sedaya mungkin mencari pelakon yang dikenali untuk melariskan dan siapa yang tidak cermat akan jatuh ditimpa malang menjadi bomoh atau hantu atau bunian atau apa sahaja makhluk yang tidak nampak ini dan saya yakin Aziz satar akan menjadi CEPLOS yang baik.

Nasir Bilal Khan sudah. Rahim Razali sudah. Kita tunggu pula siapa selepas ini.

Wang bukan segalanya,bunyinya klise tetapi jika kamu ada jatidiri yang kuat,kamu hanya akan belakon dan lupakan tentang glamor dan wang. Mahu tanya P.Ramlee,dia sudah mati, jadi apa kata kamu tanya Hasnol Rahmat,walaupun dia pernah jadi bomoh,sekurang-kurangnya dia masih boleh berfikir.

Khamis, 16 Disember 2010

poligami dan penyelesian masalah penyiaran lagu-lagu separuh mati di radio dan televisyen negara malaysia

Jika semua wanita dan sesetengah lelaki di negara malaysia setuju menerima poligami sebagai sebahagian dari kehidupan,sebagai suatu amalan yang tidak lebih dari makan nasi atau duduk berbual kosong di kedai-kedai kopi,maka kita sebagai rakyat akan dapat diselamatkan dari terpaksa menikmati keluh kesah-sang kekasih yang terkecewa dalam kehidupan percintaan.Di radio,televisyen,surat-khabar,majalah atau dimana-mana medan tulis atau layar papar gambar.

Bahkan jika seluruh dunia menerima poligami,akan selesai masalah Islam dipandang hina oleh kebanyakan manusia.

Tidak akan adanya kisah perempuan membunuh diri misalnya apabila kekasih mengahwini orang lain kerana walau dah berbini,kekasihnya itu masih boleh binikan dirinya.Kita tidak akan mendengar mengenai isteri yang ditinggalkan dan terpaksa melacurkan diri hanya untuk membesarkan tanggungan.

Lalu yang paling pentingnya adalah kita akan diselamatkan dari terpaksa mendengar rintihan merana dari radio apabila kita sedang marah tersekat dalam kesesakkan jalanraya atau sedang mahu santai bersama keluarga lalu televisyen menyajikan drama kehidupan penuh kecewa manusia gagal memiliki kekasih yang pergi kepada perempuan lain yang mana akan membuahkan cita-cita kita untuk kencingkan televisyen jika sekiranya ibubapa mertua kita tidak menonton sama.

Tidak akan wujud juga penyanyi-penyanyi perempuan yang datang arena musik hanya untuk menegangkan zakar yang melihatnya sambil berlintuk-liuk mendesah dan merintih tentang kekecewaan ditinggalkan kekasih.

Kita tidak akan memperdulikan mereka hanya jika kita menerima poligami sebagai sebahagian amalan hidup normal.

Mahkamah syariah juga akan lebih aman dari membiacarakan kes isteri yang ditinggalkan tanpa wang misalnya. Jika kamu rajin kemahkamah syariah,kamu akan dapati kes tarik rambut isteri tua dan muda adalah antara kes yang saban hari mewarnai kehidupan para pembela dan pendakwa mahkamah tersebut.

Hal-hal yang tidak kita nampak ini menjadikan kehidupan kita sebagai suatu masalah.

Cuba bayangkan pening kepala mereka-mereka yang terlibat melihat pergaduhan perempuan saban hari dan sudah tentu mereka akan pulang kerumah dan rasa hormati akan berkurangan terhadap isteri mereka.Ini menyumbangkan kepada kesumbangan dalam kehidupan yang seimbang.

Anda mungkin akan mengatakan yang lelaki selalunya tidak adil bila berpoligami dan telahan kamu itu semestinya benar. Namun selama mana suami yang poligami itu tidak jahat dalam kehidupan dan tidak ingkar dengan suruhan Tuhan,maka bukan urusan kamu untuk mempersoalkan keadilannya. Biar dia mampus diazab Tuhan dikehidupan satu lagi nanti jika benar dia tidak melakukan tugasnya dengan benar. Biar dia tahu yang zakar yang handal bukan jaminan kehidupan aman yang abadi.

Oh! kamu boleh maafkan dia dengan redha dan itu adalah lebih baik jika kami mahu tahu. Tuhan yang agung juga akan memberi keamanan kemana makhluk apabila Dia rehda.

Ini kehidupan yang tidak kekal. Apalah sangat kesusahan hidup berkongsi dibandingankan dengan penderitaan mendengar dan melihat,lakonan atau nyanyian,benar atau palsu rintihan dan keluhan kecewa dalam kehidupan berebut kekasih atau dalam kes poligami,berebut laki.

Isnin, 13 Disember 2010

review bebas Hantu Kak Limah Balik Rumah



"mamat khalid tak jumpa punchline dalam banyak filemnya."


ROCK adalah filem Mamat Khalid pertama saya dan saya dapati banyak peluang yang tersia dalam filem itu untuk menjadi sebuah filem yang amat baik.

Kemudian saya tonton pula filem MAN LAKSA,sekali lagi saya kecewa kerana sebab yang sama. Saya salahkan pemilihan pelakon sebagai sebab utama gagalnya filem itu.MAN LAKSA pada saya adalah sebuah filem yang ditulis sangat bagus tetapi dilaksanakan dalam keadaan yang amat malang.

Kemudian saya berhenti menonton filem MAMAT KHALID.

Tadi,saya pergi menonton filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH dan saya gembira kerana berbuat demikian.

Dalam filem ini,Mamat Khalid hampir berjaya menemui punchline yang tidak ditemuinya dalam semua filem sebelumnya. Walaupun filem ini masih terikat dengan lawak yang terpaksa,ada beberapa babak yang pada saya adalah sangat baik.

Saya suka babak hantu nangnak dan juga babak lagu Cinta Kristal bilamana muncul pengesek gergaji mengiringi lagu. Pengesek gergaji ini adalah nostalgia. Ada seorang peserta Bakat TV bertanding sebagai pengesek gergaji.Saya lupa namanya.

Saya juga suka idea cerita bomoh membunuh yeti dan mumia. Juga 'larian ketakutan' semua watak.

Lakonan lelaki lembut dikerusi roda itu pada awal cerita sangat boleh dipuji walaupun kemudiannya ia menjadi terlalu klise.

Dialog yang digunakan juga amat bersahaja,tidak pura-pura seperti kebanyakan filem melayu.Dan selepas dialog watak Khalid Salleh 'nak buat lagu mana,hutang darah bayar darah' dalam filem JOGHO,dialog bomoh Siam Hussin Abu Hassan wannabe 'kalau kita ingat orang itu,orang itu juga ingat kita' dalam filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH adalah dialog paling romantis kedua dalam sejarah filem melayu moden.

Saya sukakan filem ini dan saya tidak akan ragu untuk menonton filem ini sekali atau dua kali lagi bagi melihat babak dalam babak filem ini yang pada saya sangat baik pembikinannya.

Tahniah Mamat Khalid atas HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. Kamu boleh lakukan yang lebih baik hanya jika kamu mahu lebih ikhlas dalam filem-filem mendatang.

Dan seperti sinaga-naga, saya setuju yang filem ini adalah sebuah filem kisah cinta dan saya amat suka kisah cinta yang dipaparkan.