Ahad, 2 Januari 2011

anugerah artis miskin paling telanjang kebangsaan

memandangkan kini telah banyak acara-acara penganugerahan mengiktiraf bakat bakat senilakon dan seni nyanyi di ttanah air kita, maka satu kategori khas perlu diwujudkan, iaitu ANUGERAH PELAKON/PENYANYI PALING BOGEL DI MALAM GALA PARA ARTIS.

Umum tahu yang sebahagian besar penyanyi/pelakon tanahair adalah miskin, harta dan juga budi bahasa. Sepatutnya apabila miskin harta maka budi bahasalah yang perlu ditonjolkan tetapi dek kerana kebodohan dan keinginan mahu bergaya seperti pelakon barat, maka artis kitapun meniru niru. Pada mereka, barat adalah baik. Entah kenapa kebanyakan acara pemasyuran para artis menjadikan acara-acara yang serupa dari dari barat sebagai acuan. Mengapa tidak diwujudkan satu acara yang mencerminkan budaya setempat.

Seperti yang dikatakan tadi, kebanyakan artis tanah air adalah miskin, dan mungkin kerana itu juga mereka mahu mabuk dalam glamor di malam pemasyuran tersebut. Mereka tidak berpijak dibumi nyata. Berhabisan untuk kelihatan anggun di suatu malam dan kemudiannya pulang ke rumah untuk kebulur setahun. Maka jadilah artis kita peminta minta dan tidak hairanlah jika ada di antara mereka yang menjual tubuh demi untuk meneruskan kehidupan glamor.