Isnin, 13 Disember 2010

review bebas Hantu Kak Limah Balik Rumah



"mamat khalid tak jumpa punchline dalam banyak filemnya."


ROCK adalah filem Mamat Khalid pertama saya dan saya dapati banyak peluang yang tersia dalam filem itu untuk menjadi sebuah filem yang amat baik.

Kemudian saya tonton pula filem MAN LAKSA,sekali lagi saya kecewa kerana sebab yang sama. Saya salahkan pemilihan pelakon sebagai sebab utama gagalnya filem itu.MAN LAKSA pada saya adalah sebuah filem yang ditulis sangat bagus tetapi dilaksanakan dalam keadaan yang amat malang.

Kemudian saya berhenti menonton filem MAMAT KHALID.

Tadi,saya pergi menonton filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH dan saya gembira kerana berbuat demikian.

Dalam filem ini,Mamat Khalid hampir berjaya menemui punchline yang tidak ditemuinya dalam semua filem sebelumnya. Walaupun filem ini masih terikat dengan lawak yang terpaksa,ada beberapa babak yang pada saya adalah sangat baik.

Saya suka babak hantu nangnak dan juga babak lagu Cinta Kristal bilamana muncul pengesek gergaji mengiringi lagu. Pengesek gergaji ini adalah nostalgia. Ada seorang peserta Bakat TV bertanding sebagai pengesek gergaji.Saya lupa namanya.

Saya juga suka idea cerita bomoh membunuh yeti dan mumia. Juga 'larian ketakutan' semua watak.

Lakonan lelaki lembut dikerusi roda itu pada awal cerita sangat boleh dipuji walaupun kemudiannya ia menjadi terlalu klise.

Dialog yang digunakan juga amat bersahaja,tidak pura-pura seperti kebanyakan filem melayu.Dan selepas dialog watak Khalid Salleh 'nak buat lagu mana,hutang darah bayar darah' dalam filem JOGHO,dialog bomoh Siam Hussin Abu Hassan wannabe 'kalau kita ingat orang itu,orang itu juga ingat kita' dalam filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH adalah dialog paling romantis kedua dalam sejarah filem melayu moden.

Saya sukakan filem ini dan saya tidak akan ragu untuk menonton filem ini sekali atau dua kali lagi bagi melihat babak dalam babak filem ini yang pada saya sangat baik pembikinannya.

Tahniah Mamat Khalid atas HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. Kamu boleh lakukan yang lebih baik hanya jika kamu mahu lebih ikhlas dalam filem-filem mendatang.

Dan seperti sinaga-naga, saya setuju yang filem ini adalah sebuah filem kisah cinta dan saya amat suka kisah cinta yang dipaparkan.

8 ulasan:

  1. saya tak suka watak lelaki lembut berkerusi roda tu...

    siapa dia ya?..

    btw, teringin membaca tulisan yang lain..masih menulis?..

    BalasPadam
  2. oh! tahniah.kamu pengomen pertama. ya. saya akan menulis.insya allah.

    BalasPadam
  3. Salam Jefri,

    Saya telah link kan blog anda

    BalasPadam
  4. haih, lama tak mengomen di blog org lain, jadi rasa nebes ha! haha

    bila saya beritahu abang mamat yang semua org puji hklbr, dia jawab dengan saya, "hehe, estet is a better movie."

    dia ikhlas buat semua filem dia tapi dia berada dalam keadaan paling tulus ketika membikin estet.

    kejayaan diukur berbeza oleh setiap org, bukan? kadang-kadang tidak pada orang tapi iya pada kita.

    *tapi saya paling suka ROCK! haha

    BalasPadam
  5. terima kasih zulazahari.

    perempuan- saya juga suka-kan ROCK tetapi seperti saya katakan,saya tidak jumpa punchline dalam ROCK.saya lebih sukakan MAN LAKSA cuma saya tidak suka sebahagian pelakon dalam MAN LAKSA.

    ESTET tidak berkesempatan untuk kepanggung.

    HANTU KAK LIMAH hampir tidak boleh mengekalkan momentumnya.jika ada lebih 20min lagi dalam filem itu,ianya akan gagal dan mengekalkan momentum adalah masalah besar kebanyakan pengarah.mamat khalid tidak terkecuali.

    BalasPadam
  6. aik, dengan gua - abang Mamat kata, 'hklbr adalah yang terbaik, malah lebih baik dari zkp'!

    BalasPadam
  7. naga,mamat cuba promote semua filem dia. itu yang lidah kadang jadi bercabang.ahaks.

    BalasPadam
  8. zombi kampung pisang ko tak tgk lak yeh?
    btw aku nyer fav mmg mamat lembut tuh...too cool!

    BalasPadam