Sabtu, 25 Disember 2010

Rakta Charitra



Bunyi seperti klise tetapi setiap kali saya kepanggung untuk menonton filem tamil,budak jual tiket akan bertanya dua kali samada benar saya mahu menonton.Satu Malaysia adalah konsep yang mengambil masa untuk meresap dalam diri rakyat jika budak kaunter tiket itu dijadikan sandaran.

Hari pertama saya kepanggung,saya tidak dapat menonton; kami akan main jika ada empat orang penonton ,kata budak jual tiket. Mulanya ingin membeli empat tiket dan menonton,terasa membazir dan esoknya pula hari Rabu,tiket murah jadi saya mengambil nombor talifon budak itu untuk mengetahui samada cukup penonton atau tidak keesokkan harinya.

Esoknya,saya menalifon sebelum ke panggung dan tidak dijawab walau dipanggil beberapa kali. Saya membuat keputusan untuk pergi juga kepanggung.

Cukup penonton,ada lebih kurang 10 orang dan saya pun menonton.

Saya tidak berapa kenal pelakon filem hindustan dan tamil kecuali yang cukup terkenal. Shah Rukh dan Kamal Hassan misalnya dan sudah tentu Rajni. Surya biasa dengar namanya. Tetapi Ram Gopal Varma saya tahu seperti saya tahu Mani Ratnam. Dua pengarah filem tamil yang pada saya jika dilahirkan di Malaysia sekalipun akan menjadi hebat.

Filem Rakta Charitra adalah sebuah filem mesti tonton. Itu sahaja yang mahu saya katakan mengenai filem ini.

Mengapa? Kerana saya menonton wayang untuk berhibur dan saya terhibur dengan filem ini.

Dari segi cerita,ianya adalah seperti kebanyakan filem membalas dendam.Tetapi yang membezakannya adalah lakonan dan cara memyampaikan. Seperti melihat kejadian sebenar yang dirakam,itu adalah pendapat saya.walau pun terdapat unsur 'keling' dalam filem ini,ianya tidak langsung mecacatkan. Hanya satu babak ala filem 300,iaitu ketika pergaduhan di penjara yang agak terlampau,selebihnya pada saya adalah satu penyampaian filem yang hebat.

Ada semacam kepuasan apabila melihat lelaki-lelaki berkain sarung membunuh menggunakan sabit, lelaki-lelaki yang berkain sarung dan berpistol automatik pula adalah sangat stylo. Saya cukup suka paparan ini.Tidak nampak kepura-puraan seperti bajingan dalam filem-filem melayu masa kini. Tidak perlu cacah atau mewarnakan rambut untuk mengambarkan betapa jahatnya kamu (dalam filem).

Perkara begini-lah yang tidak berlaku dalam filem melayu. Dari drama tv (dengan orang kaya melayu digambarkan separuh tuhan,bercakap bahasa melayu dengan gaya british,rujuk jalalludin hassan,aziz singah dan beberapa lain pelakon) atau filem dimana penjahat filem melayu diacu dari penjahat hong kong atau hollywood.

Mungkin filem MERAH dapat sedikit mengambarkan kejahatan itu namun tidak berapa berkesan. Cuba tonton 9NAGA dan kamu akan tahu betapa manusianya penjahat-penjahat itu.

Sebenarnya,saya tidak cukup tangan untuk memuji filem ini.

Pergi tonton filem ini kerana kamu tidak akan dapat menonton filem seperti ini jika kamu tunggu filem melayu untuk sampai ketahap ini walau 30tahun lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan