Selasa, 21 Disember 2010

PERAWAN PENDEKAR



Filem LOCHENG MAUT pada saya adalah sebuah filem klasik. Jika anda mahu melihatnya dari sisi serius,anda akan dapati ianya adalah sebuah filem yang amat berjaya.

Hussein Abu Hassan akan selamanya dikenang sebagai pelakon yang diisbatkan kepada filem-filem kependekaraan. Bukan tidak ada filem yang tidak pendekar lakonan beliau namun melihat beliau berkot dan bertali leher sudah tentu menjadi satu komedi kepada kita yang gemarkan ilmu pendekarnya. Faizal Hussien cuba menjadi pendekar namun tidak berjaya.Mungkin kerana market waktu itu dan waktu ini juga tidak cenderung kepada filem-filem begitu. Penerbit filem kita selamanya hanya akan membuat filem untuk untung.Dan kemungkinan dapat bergesel bontot dan dada dengan pelakon perempuan yang dungu dan mendungukan itu.

Dalam waktu yang sama ketika filem LOCHENg MAUT ditayangkan,ada sebuah filem kecil yang melintas cepat dan mungkin tidak diingat oleh banyak orang.Filem itu berjudul PERAWAN PENDEKAR.

Saya teringatkan filem ini apabila terlihat poster filem dengan judul paling bodoh dalam sejarah perfileman dunia iaitu AKU MASIH DARA.

Filem PERAWAN PENDEKAR mengisahkan bagai mana seorang gadis yang hampir diperkosa oleh sekumpulan lelaki membalas dendam.Mungkin ada sedikit persamaan dengan filem ENAM JAHANAM,filem komedi gelap paling berjaya Tanah Melayu,namun PERAWAN PENDEKAR berjaya berdiri sendiri.

Perawan yang hampir dizalimi yang ditinggalkan hampir mati oleh kumpulan jahat diselamatkan oleh seorang guru silat yang tersangat handal. Setelah lama duduk berguru,perawan itu akhirnya menguasai ilmu kependekaraan yang amat hebat. Namun sebagai bayaran kepada ilmu yang dicurahkan,beliau terpaksa melepaskan keperawanannya kepada guru tersebut.

Disinilah bermulanya dendam beliau kepada kumpulan yang cuba menzaliminya dahulu. Pada perawan, kumpulan jahat itulah yang bertanggungjawab menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan mahkota sucinya itu kepada guru yang mengajar ilmu silat kepada beliau.

Itulah, guru silat dan bomoh biasanya ada motif seronok dalam memberi.

Perawan pun mula mencari satu persatu anggota kumpulan jahat dan membunuh mereka dalam stail yang tipikal bagi filem pada zaman itu.

Diakhir cerita,perawan kembali kepada gurunya untuk membalas perbuatan jahat guru itu. Beliau tewas dan diperkosa sekali lagi sebelum mati dibunuh gurunya itu.

Saya tidak akan menonton filem AKU MASIH DARA dan saya hairan mengapa judul filem ini diluluskan kerana ianya adalah lebih jahat berbanding judul ANU DALAM BOTOL dan ISTERI,PEREMPUAN DAN JALANG. ANU dan ISTERI sekurang-kurangnya boleh mendabik dada mempunyai kreativiti menjudul.

Dari judul filem itu kita tahu mentaliti semua mereka yang terlibat dalam pembikinannya. Dangkal dan main-main. Dan budak perempuan yang berlakon dalam filem berkenaan semestinya adalah mereka-mereka yang rela dipergunakan dalam apa bentuk demi mencapai cita-cita menjadi bintang filem. Mereka lupa yang filem melayu hanya ada satu pelakon perempuan yang baik iaitu NORMADIAH.

Walau bagaimana pun, saya secara peribadinya akan mengkhaskan satu tempat paling istimewa kepada SENIWATI ROSEYATIMAH kerana pada saya beliau adalah seorang wanita melayu yang sempurna.

4 ulasan:

  1. Tajuk sebenar filem itu adalah PUSPASARI yang sebenarnya. Seingat saya, filem ini hanya sekejap ditayangkan di panggung-panggung wayang!

    BalasPadam
  2. kalau tak silap Locheng Maut diarahkan oleh pengarah Filipina. ye bagi saya Locheng Maut kinda cult movie.

    BalasPadam