Jumaat, 17 Disember 2010

Oh.Rahim Razali.Oh.Nasir Bilal Khan

Rahami Razali dan Nasir Bilal Khan,dua nama yang tidak perlu membuktikan kepada siapa-pun tentang mutu lakonan mereka.

Rahim Razali mewakili genarasi pelakon yang bagus selepas zaman P.Ramlee. Dan kemudian membuktikan pula kecemerlangan dalam pengarahan drama,teater dan filem.

Nasir Bilal Khan pula adalah legenda ditahun-tahun 90an.

Filem ABANG dan PEMBURU adalah tanda aras kepada bijak-arahnya Rahim Razali dan diakhiri dengan filem TSU FEH/SOFIA.

ABANG adalah sebuah drama tv yang biasa namun dengan barisan pelokan yang amat cemerlang,ianya menjadi sebuah filem yang amat baik. PEMBURU pula sepatutnya menjadi langkah pertama filem melayu lari dari klise semua filem melayu sebelumnya. Malang sedikit,filem melayu tidak bergerak selepas PEMBURU kecuali singgah sebentar dalam filem JOGHO. U-Wei Haji Shaari sendiri berhenti lama,mengecap glory filem berkenaan. Saya tidak nampak kelibat JOHGO dalam filem-filem U-wei selepas filem berkenaan dan angkat tangan jika kamu setuju yang BUAI LAJU-LAJU akan menjadi sebuah filem yang lebih baik jika watak Eman Manan dipegang oleh Khalid Salleh.

Kita tunggu HANYUT.

Eman Manan adalah pelakon satu arah. Dengan cerita yang sesuai,watak begitu boleh berjaya. Ambil Pak Jabit dalam filem-filem Mamat Khalid sebagai contoh.

Kemudian bencana pun berlaku. Awan hitam datang bergulung-gulung. Halilintar membelah bumi dan Rahim Razali pun jadi bomoh.Di televisyen.

Kewangan adalah punca utama beliau merendahkan diri sebegitu rupa,itu fitnah saya kepada beliau kerana seperti yang saya katakan awal tadi, beliau tidak perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa tentang mutu lakonannya.

Sepatutnya,Rahim Razali mengambil Ahmad Yatim sebagai contoh.Berhenti dan dikenang sebagai pelakon yang bagus.

Bercakap mengenai Ahmad Yatim,saya mempunyai skrip untuk beliau dan Khalid Salleh sebagai pelakon utama. Bayar saya 23,000 ringgit dan saya berikan kepada kamu. hahahah.

Kerana sebab yang itu juga, pelakon kita tidak dapat diberikan katagori. Mana kelas satu,mana kelas dua dan sebagainya. Akibatnya,bayaran untuk pelakon kita hanya berdasarkan kasihan. Kerana beliau tua, maka kita bayar lebih sedikit.yang muda,walau handal,dibayar ala-kadar dan akibatnya pelakon kita menjadi seperti pemandu bas ekspress. Berlumba mengejar trip untuk mendapat upah yang lebih.

Jadi-lah apa yang jadi hari ini. Lihat berapa banyak kemalangan yang mengakibatkan penumpang hasil dari kegelojohan pemandu. Kita pun jadi bosan untuk menonton.

Pelakon yang gelojoh itu pula hilang daya tumpu dalam menjayakan satu-satu watak maka lahirlah pelakon yang membawa diri semdiri dalam semua filem. Saiful Apek misalnya tidak perlu belakon apa-apa filem kerana dari zaman televisyen hingga filem pertamanya,dia adalah sama. Muak dan membosankan.

Saya hanya memperkatakan tentang pelakon lelaki kerana selain Normah Damahuri yang sekejap bagus sekejap mereng,kebanyakan pelakon perempuan kita hanya hadir untuk kelihatan cantik dan memikat. Mereka biasanya adalah bodoh.

Aziz Satar juga dalam bahaya menjadi bomoh di televisyen jika kata-kata Rais Yatim yang masyarakat kita gemarkan filem-filem kembang tekak ini diambil kira. Bila permintaan banyak, maka penerbit akan sedaya mungkin mencari pelakon yang dikenali untuk melariskan dan siapa yang tidak cermat akan jatuh ditimpa malang menjadi bomoh atau hantu atau bunian atau apa sahaja makhluk yang tidak nampak ini dan saya yakin Aziz satar akan menjadi CEPLOS yang baik.

Nasir Bilal Khan sudah. Rahim Razali sudah. Kita tunggu pula siapa selepas ini.

Wang bukan segalanya,bunyinya klise tetapi jika kamu ada jatidiri yang kuat,kamu hanya akan belakon dan lupakan tentang glamor dan wang. Mahu tanya P.Ramlee,dia sudah mati, jadi apa kata kamu tanya Hasnol Rahmat,walaupun dia pernah jadi bomoh,sekurang-kurangnya dia masih boleh berfikir.

2 ulasan:

  1. Next is Jalaluddin Hasan. Dia sudah mula berlakun iklan - orang tua yang tak memperdulikan perempuan mengandung di bus stand. :)

    BalasPadam
  2. jalaluddin hasan,saiful apek dan kebanyakan pelakon perempuan adalah duduk dalam katagori sama.

    BalasPadam